Jenayah

Betis tercucuk pedal basikal

REMBAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menanggung kesakitan kira-kira setengah jam apabila betis kirinya tercucuk pedal basikal yang ditungganginya di Kampung Tanjong, Kota, di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fuad Majid berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 5.45 petang dan tiba di lokasi pada jam 6.05 petang.

“Kita menerima panggilan daripada pasukan paramedik yang meminta bantuan untuk memotong bahagian basikal. Sebaik tiba di lokasi, mangsa dalam keadaan menahan kesakitan susulan pedal basikal tercucuk di betis kirinya.

“Kita mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong bahagian badan basikal. Sebaik hampir selesai memotong bahagian badan basikal, besi pedal berkenaan turut tercabut dari betis kiri mangsa,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, tadi.

Fuad berkata, mangsa diserahkan kepada pasukan paramedik serta dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.

Sinar Harian difahamkan daripada penduduk setempat, kanak-kanak berkenaan dipercayai terjatuh dari basikal yang ditungganginya selepas angin kuat tiba-tiba melanda perkampungan berkenaan, lalu pedal basikal tercucuk di betis kirinya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");