Berita Hari Ini

Bilangan mangsa banjir di Perak meningkat sedikit

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 506 orang daripada 145 keluarga di sembilan pusat pemindahan setakat 8 pagi ini.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui portal infobanjir, jumlah mangsa itu meningkat sedikit berbanding 496 orang yang ditempatkan di pusat pemindahan malam tadi.

Daerah Manjung masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 219 orang dengan 207 daripadanya ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai manakala 12 orang di Dewan Kampung Tanjung Ara.

Di Hilir Perak, seramai 98 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong Batu 8, di Teluk Intan, seramai 49 mangsa berada di Sekolah Kebangsaan Sungai Tukang Sidin dan 31 mangsa di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara.

Sementara itu di Kinta, seramai 42 mangsa ditempatkan di Dewan Sikh Settlement Tanjung Tualang dan 24 lagi di Dewan Serbaguna Tanjung Tualang manakala bagi daerah Larut Matang, dua mangsa banjir berada di Dewan Orang Ramai Matang Merbau Sungai Tinggi dan 41 orang di Surau Padang Serai Dalam.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");