Membawang Hari Ini

Black mahukan cabaran sengit

PENYANYI bersuara lantang, Black berjaya memilih tiga peserta terbaik untuk berentap di pentas Mentor Milenia 2017 nanti.

Kali kedua bertanggungjawab sebagai mentor, Black lebih tegas dan teliti memilih anak didiknya.

Berpuas hati dengan peserta yang dipilih daripada 200 bakat yang diuji, Black mengakui mencari protege yang boleh menyampaikan pelbagai genre lagu.

“Bakal protégé saya mesti boleh membuat persembahan di luar jangkaan.

“Mereka boleh cuba lagu yang mencabar vokal dan penuh dengan emosi seperti lagu Search, Wings, dan Ziana Zain,” katanya.

Walaupun ada peserta yang belum bersedia sepenuhnya, Black akan cuba mengetengahkan bakat anak didiknya sekiranya mereka menepati segala kriteria yang dicari.

Pada masa sama, Black juga ingin mencabar diri sendiri untuk bersaing dengan mentor lain agar dapat melahirkan seorang bintang yang mengagumkan. “Saya mengharapkan cabaran yang lebih besar untuk Mentor Milenia 2017.

“Saya melihat Tomok, Akim dan Hazama menjadi pencabar untuk memberi persaingan sengit supaya kami boleh menjana lebih banyak idea dan taktik untuk persembahan yang hebat,” katanya.

Mentor Milenia bakal menemui penonton di TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap Ahad jam 9 malam.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");