Perak Hari Ini

BMLR Sambut Ulang Tahun Ke-20

IPOH : Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) menyambut ulangtahunnya yang ke-20 pada 15 Januari lalu.

Ketua Operasi Kumpulan Resort, Mohamad Mukhriz Mohamad Roslan berkata, sambutan ulang tahun BMLR itu diadakan di The Rafflesia, Damansara Perdana.

“Sambutan ulang tahun ke-20 BMLR dimulakan dengan penyampaian anugerah kepada 29 kakitangan yang telah berkhidmat dengan syarikat tersebut selama 20 tahun.

“Pengasas MK Land Holdings, Tan Sri Dr Mustapha Kamal Abu Bakar dan Pengerusi MK Land Holdings, Felina Tan Sri Dr Mustapha Kamal turut hadir ke majlis tersebt,”katanya menerusi satu kenyataan.

Ujarnya lagi, pelbagai acara akan dilangsungkan di BMLR dengan acara kemuncak sambutan ulangtahun taman tema air itu akan diadakan pada November ini bertepatan dengan Tahun Melawat Perak.

Tambah beliau lagi, pihaknya turut berterima kasih kepada pengunjung yang terus memberi sokongan kepada pihak resort.

“Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik serta menawarkan pelbagai aktiviti ceria untuk keluarga pada masa hadapan.

“Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti ceria yang boleh dilakukan bersama keluarga,”katanya.

BMLR yang dibangunkan oleh Segi Objektif Sdn Bhd dimulakan dengan pembukaan taman tema air seluas 11 ekar pada 15 Januari 1997.

Pembangunan lain diikuti seperti Laketown Hotel, Perkampungan Marina, Kampung Air, Taman Eko dan Pulau Orang Utan.

BMLR yang seluas 32 ekar, pembangunan lain BMLR adalah sebahgian daripada pembangunan bandar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");