Isu Panas

BN Selangor serah kepada PM berhubung PRN Sabah

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor menyerahkan kepada pertimbangan Perdana Menteri berhubung kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan lebih awal, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar, berkata BN Selangor tidak akan mencampuri urusan di negeri lain kerana ia adalah urusan antara Datuk Seri Najib Razak dengan kerajaan Sabah.

“Namun, dalam konteks BN Selangor, kita sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk PRU-14. Saya selalu ingatkan seluruh ahli dan jentera BN supaya bekerja seolah-olah esok adalah pilihan raya,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Perjumpaan Menteri KPKT bersama Ketua Jabatan Persekutuan di INTEKMA Resort di sini, hari ini.

Noh mengulas desas-desus Sabah sedang dalam persiapan untuk PRN yang dijangka diadakan pada April ini.

Isnin lalu, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan cakap-cakap mengenai PRN Sabah akan diadakan lebih awal sebelum PRU-14 sebagai spekulasi, namun segala-galanya berkemungkinan.

Pairin yang juga bekas Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata sama ada berlaku PRN lebih awal atau tidak, semua parti komponen BN sudah diarah bersiap sedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");