Perak Hari Ini

Bomba Pantau Rapi Bangunan Hospital Berusia Lebih 50 Tahun

IPOH:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan terus mempersiapkan jabatan daripada peralatan, keanggotaan dan latihan untuk menangani sebarang perkara di luar jangka bagi sepanjang tahun 2017 ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Datuk Yahaya Madis mengakui sepanjang tahun lepas pelbagai kejayaan besar yang dilakar pihak JBPM Perak telah dibantu bersama oleh pasukan Bomba Komuniti.

“Kejayaan besar ini adalah dengan bantuan pasukan Bomba Komuniti yang disertai oleh orang awam termasuk jawatankuasa kampung dengan membantu Bomba menangani kebakaran pada peringkat awal serta pemberi maklumat lebih cepat.

“Ia adalah tindakan yang amat berkesan dan banyak membantu pihak Bomba,” katanya dalam satu sidang media pada Majlis perbarisan Tahunan 2017 peringkat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pihak JBPM Perak sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan seperti bencana juga kebakaran.

Sementara itu beliau turut mengulas mengenai penglibatan bersama pihak Bomba dalam memastikan pengurusan keselamatan kebakaran di bangunan-bangunan hospital kerajaan yang melebihi 50 tahun sentiasa terjaga.

“Bagi Perak terdapat sebanyak lapan buah hospital yang diberikan perhatian seperti Hospital Bahagia Ulu Kinta, Batu Gajah, Tapah,Gerik, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar dan Taiping tetapi setakat ini semua hospital diberikan penjagaan yang baik,” katanya.

Tambahnya lagi, penubuhan Jawatankuasa Fire Safety Audit (FSA) oleh Kementerian kesihatan Malaysia merupakan satu usaha yang proaktif bertujuan meningkatkan tahap pengurusan keselematan kebakaran di setiap hospital.

“Pihak Bomba sentiasa bekerjasama dengan pihak hospital dalam memastikan bangunan itu selamat malah dengan bantuan pasukan ERT yang ditubuhhkan pihak hospital tindakan awal bagi mengawal kebakaran dapat dilakukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");