Jenayah

Bot terbalik: Seorang dikhuatiri lemas

SEGAMAT – Seorang remaja lelaki hilang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya bersama empat lagi penumpang terbalik di Kampung Tengah, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fais Syafiq Hassan, 21, berada dalam bot berkenaan bersama empat lagi penumpang berumur di antara 18 hingga 49 tahun.

“Ketika kejadian, bot yang dinaiki mangsa dipercayai dari Kampung Tengah ke Jalan Pemuda sebelum dilambung arus deras selepas berselisih dengan sebuah lagi bot menyebabkan bot yang dinaiki mangsa bersama empat lagi rakannya terbalik.

“Bagaimanapun, dua daripada penumpang bot yang memakai jaket keselamatan terapung di dalam air manakala dua lagi berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada bot,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita semasa melawat mangsa banjr di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, di sini, hari ini.

Menurutnya, empat penumpang bot tersebut kemudian diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Katanya, Mohd Fais Syafiq juga dipercayai berusaha berenang menuju ke arah bot yang terbalik, namun gagal setelah dibawa arus deras.

“Pihak polis yang menerima laporan sejurus selepas kejadian memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) namun, keadaan gelap menyebabkan pihak polis terpaksa menghentikan operasi pada 7 malam semalam.

“Pagi ini kita akan menyambung operasi SAR pada pukul 9 pagi ini bersama bomba, APM, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), tentera dan agensi-agensi lain,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");