Panasnya Hari Ini

BR1M : Mahathir Dicabar Buat Laporan SPRM

KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri itu bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah.

Ujarnya, dengan adanya laporan tersebut, SPRM boleh membuka kertas siasatan dan menangkap semua penerima BR1M berkenaan.

Jelas Ismail lagi, dalam kes rasuah, yang akan menerima hukuman bukan sahaja pemberi BR1M, malah penerima juga akan menerima nasib yang sama.

“Kita tidak boleh katakan bantuan daripada kerajaan ini sebagai rasuah. Umpamanya Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS di bawah seliaan kementerian saya, sekiranya tiada bantuan kerajaan ini, ibu bapa perlu membayar sekurang-kurangnya RM200 untuk yuran.

“Selain BR1M dan yuran tabika, Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) turut memberi wang tunai kepada orang kurang upaya (OKU), warga emas dan golongan sasar bagi membantu mereka.

“Adakah semua ini juga dikira sebagai rasuah?”soal Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, lapor Berita Harian.

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, BR1M adalah satu bentuk rasuah.

Selain isu BR1M, bekas Presiden UMNO itu turut mendakwa bahawa jemaah yang membuat ibadat haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai tidak mabrur.

Mengulas mengenai perkara itu, Ismail berkata, Dr Mahathir tidak berhak menentukan perkara tersebut.

“Dr Mahathir tiada hak. Mufti atau siapa-siapa sahaja tidak berhak menentukan haji seseorang itu mabrur atau tidak. Hanya Allah yang boleh tentukan.

“Ini sama juga jika kita bercakap mengenai ibadat, sembahyang lima waktu, membuat tahajud, semua itu Allah yang tentukan sama ada ibadat yang kita lakukan itu diterima atau pun tidak kerana menentukan dosa atau pahala seseorang itu adalah hak Allah bukannya manusia,”jelas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");