Sukan Hari Ini

Bukan saya atur jadual: Conte

London: Pengurus Chelsea Antonio Conte (gambar) mendakwa kritikan serta cemuhan yang diterima pendahulu Liga Perdana Inggeris termasuk daripada Jose Mourinho adalah disebabkan rasa cemburu dengan kejayaan yang sedang mereka nikmati.

Pengurus Manchester United Mourinho yang dipecat ketika mengendalikan Chelsea buat kali kedua musim lalu berkata, bekas kelabnya itu serta Tottenham menerima ‘layanan’ lebih baik apabila pertemuan kedua-dua pasukan itu dijadualkan pada pertengahan minggu.

Jadual itu memberi tempoh rehat lebih sehari buat Blues yang memburu kemenangan ke-14 berturut-turut dan keadaan itu turut membuatkan pengurus Liverpool Juergen Klopp berang.

Namun Conte percaya kenyataan Mourinho itu didorong rasa kecewa apabila melihat kedudukan Chelsea di puncak liga ketika ini.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa kerana bukan saya yang mengatur jadual perlawanan,” kata Conte.

“Saya rasa mereka marah kerana kedudukan kami di atas. Bukan disebabkan jadual.

“Ia sesuatu yang normal. Perkara sebegini turut berlaku di Itali. Saya ulang: ia selalu berlaku kerana anda terus gagah di puncak.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");