Membawang Hari Ini

Calon Perlu Berkeyakinan -Hazama

TAHAP keyakinan yang tinggi amat dititikberatkan oleh penyanyi popular, Hazama dalam mencari bakal anak didik menerusi program realiti, Mentor Milenia 2017.

Beliau berkata, tidak ramai peserta dapat memenuhi kriteria yang dicari untuk menjadi protégénya.

“Alhamdulillah sambutan sesi uji bakat amat menggalakkan. Ramai peserta hadir ingin mencuba nasib masing-masing sekali lagi selepas tidak berjaya dipilih oleh Tomok, Black atau Akim.

“Namun, bukan semua peserta ada kriteria yang saya cari. Selain harus mempunyai tahap mental kuat, saya mahu protégé serba boleh dan berkeyakinan tinggi,” katanya memetik Sinar Harian Online.

Ujarnya, seorang penyanyi itu perlu berani melakukan sesuatu yang baru supaya mereka mampu memberikan persembahan yang baik.

Bahkan, beliau juga tidak kisah sekiranya bakal protégénya nanti tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menyertai program realiti.

“Saya akan cuba dengan sedaya upaya untuk mengasah bakat anak-anak didik saya.

“Sekiranya mereka pernah terlibat dalam program realiti sebelum ini, mungkin kita boleh berkongsi pengalaman masing-masing agar dapat melakukan yang terbaik untuk persembahan akan datang,” katanya lagi.

Beliau juga berharap agar lebih ramai pelapis yang mempunyai aura dan gaya tersendiri dapat dilahirkan dalam industri nyanyian.

“Ini hanyalah titik permulaan dalam membina karier di bidang hiburan,” kata penyanyi yang akan bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 31 tidak lama lagi.

Mentor Milenia 2017 bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari ini pada setiap Ahad, jam 9 hingga 11 malam.

Foto-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");