Berita Hari Ini

Cari punca Sebenar Masalah Buli

KUALA LUMPUR:Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mencari punca sebenar kepada masalah buli yang berlaku kepada segelintir pelajar sekolah di negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyelesaian harus difikirkan segera sebelum gejala buli menjadi kebiasaan dalam dunia pelajar sekolah.

“Dasar dan sistem pendidikan di negara ini harus disemak dan dikaji semula. Pihak guru tidak harus dipersalahkan 100 peratus dalam kes melibatkan buli.

“Kesalahan tidak boleh diletakkan kepada guru sahaja. Semua pihak sebaliknya perlu memainkan peranan dalam hal ini,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan rasa kesal berhubung kes buli yang semakin berleluasa.

Nurul Izzah berkata, sehingga kini masih terdapat kes buli yang dianggap terlepas dari menerima hukuman atau pembalasan dari pihak sekolah.

Kementerian dalam masa sama turut dinasihat mengkaji semula kewujudan dan keberkesanan sekolah pemulihan akhlak yang beroperasi di seluruh negara.

“Isu buli adalah isu yang retorik. Setiap masa isu ini berbangkit. Kementerian perlu buat penilaian sejauh mana keberkesanan terhadap sekolah pemulihan akhlak di negara kita.

“Kita tak nak bila mereka (pelajar bermasalah) dikumpulkan dalam satu tempat, mereka bukannya berubah menjadi baik, sebaliknya membentuk pengaruh yang tidak baik di kalangan mereka,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");