Perak Hari Ini

Cerun Runtuh : Satu Lorong Masih Ditutup

IPOH : Satu lorong di laluan Seksyen 198, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli yang terjejas akibat runtuh cerun pagi tadi masih belum boleh dilalui kenderaan.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Perak, lorong berkenaan hanya akan dibuka selepas kerja pembaikan kekal dilakukan di kawasan runtuhan.

Runtuhan yang berlaku berkeluasan 25 meter panjang dan 50 meter lebar.

“Justeru, kenderaan yang melalui laluan berkenaan dari kedua-dua arah terpaksa bergilir-gilir melalui satu lorong yang masih dibuka.

“Pelan Pengurusan Trafik telah dibuat termasuk meletakkan kon dan mengurus aliran trafik yang terpaksa bergilir-gilir,”katanya menerusi satu kenyataan.

Ujarnya lagi, kerja-kerja pembersihan awal juga telah dilakukan di kawasan cerun runtuh berkenaan sejak pagi tadi.

Beliau berkata lagi, pihak konsesi, Belati Wangsa Sdn Bhd (BWSB) yang menyelenggara JRTB juga membawa jentera ke lokasi bagi membersihkan sisa runtuhan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");