Sukan Hari Ini

Clement jadi inspirasi pemain

London: Pengurus baharu Swansea City Paul Clement memulakan tugas untuk memastikan pasukannya kekal di Liga Perdana dengan menyaksikan pemainnya menentang Crystal Palace dari tempat duduk penonton tetapi itu tidak menghalangnya untuk tetap memberikan arahan serta meraikan kemenangan pasukannya.

Bekas penolong jurulatih Bayern Munich dan Real Madrid itu hanya dilantik sebagai pengurus beberapa jam sebelum perlawanan di Selhurst Park, awal pagi semalam ketika pengendali sementara Alan Curtis bertanggungjawab untuk mengarahkan pergerakan anak buahnya.

Clement bagaimanapun meninggalkan tempat duduknya untuk memberikan kata-kata semangat kepada pemainnya ketika rehat dan anak buahnya bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 hasil jaringan pemain gantian Angel Rangel.

“Kehadiran pengurus baharu berjaya melonjakkan semangat pemain,” kata Curtis.

“Paul turun dan kata-kata beliau cukup positif. Beliau masuk ke bilik persalinan sebelum perlawanan dan ketika rehat serta turut bertanggungjawab memilih pemain yang perlu dimasukkan.

“Tidak ada yang lebih seronok apabila pemain mendapat tahu pengurus mereka menyaksikan persembahan di tempat duduk penonton.” – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");