Sukan Hari Ini

Jersi Tak Menarik, Penyokong PP Kemuka Petisyen Khas

KUALA LUMPUR:Penyokong bola sepak Harimau Kumbang dan penyokong bola sepak tempatan rata-rata menyuarakan kekecewaan mereka di laman sosial mengenai rekaan jersi baru pasukan bola sepak Pulau Pinang.

Berikutan itu, satu petisyen khas dilancarkan diberi nama “Tukar Design Jersi Penang FA 2017” telah dihantar kepada tiga pihak iaitu Penang Panthers Supporters, pasukan bola sepak Pulau Pinang dan Legea Sport Penang untuk mendesak supaya satu pertimbangan semula dilakukan.

Sejak dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Stadium Bandaraya Jumaat lalu, pelbagai kritikan diterima dari penyokong kerana tidak berpuas hati dengan reka bentuk jersi yang disifatkan terlalu ringkas.

Malah kebanyakan penyokong merasakan rekaan itu akan mudah dicetak rompak dan tidak menunjukkan identiti pasukan.

Terdapat juga pihak yang mendesak untuk memboikot pembelian jersi yang mereka dirasakan tidak berbaloi.

Berbeza pula bagi pengurus Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, yang merasakan rekaan terbaru jersi Pulau Pinang sebenarnya menarik dan bercorak klasik dan lebih menarik lagi dengan logo penaja.

Tambahnya pihaknya sedia maklum mengenai cita rasa sesetengah pihak amat berbeza selain agak mustahil untuk memuaskan hati semua kerana ada pihak.

Katanya, sebagai penyokong setia akan lebih bangga memakai logo pasukan kerana ia lambang pasukan yang sebenar bukannya baju dan trend terkini adalah ke arah yang lebih ringkas.

“Lihat sahaja jersi pasukan lain ia lebih menarik dan ringkas dan tiada siapapun yang mempertikaikannya dan rasanya agak curiga dengan motif sesetengah pihak yang cuba bertindak melakukan hasutan,” jelasnya memetik sumber Harian metro.foto/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");