Sukan Hari Ini

Cuaca berangin tak gugat Serena

Auckland: Serena Williams (gambar) bertarung dengan cuaca berangin dan permulaan hambar sebelum menewaskan pemain ranking 69 dunia Pauline Parmentier 6-3, 6-4 untuk memulakan kempennya selepas berehat empat bulan pada Klasik Auckland semalam.

Ia perlawanan pertamanya sejak dikejutkan Karolina Pliskova pada separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat September lalu dan pemain nombor dua dunia itu bermula hambar pada permulaan musim yang mana dia memburu gelaran Grand Slam ke-23.

Pada aksi pusingan pertama yang ditangguhkan pada malam Isnin apabila hujan mengganggu perlawanan, Serena bergelut apabila pemain Perancis, Pauline mematahkan servis pertama pemain AS itu untuk mengikat kedudukan.

Serena, 35, yang mahu menjadikan Auckland sebagai pemanas badan Terbuka Australia hanya mempunyai kadar kejayaan 48 peratus menerusi servis pertamanya dan melakukan double-fault empat kali apabila berdepan kesukaran menghadapi cuaca berangin.

Namun Serena yang berkongsi rekod era Terbuka dengan 22 Grand Slam bersama Steffi Graf, dan dua gelaran di belakang Margaret Court yang mencatat kemenangan terbanyak iaitu 24, semakin baik dan menamatkan perlawanan dengan ace kelapan.

Dia berkata rentak permainannya beransur-ansur sepanjang perlawanan itu.

“Saya rasakan bagai cuba untuk kembali ke prestasi asal. Jelas sekali setiap perlawanan diambil kira,” katanya.

“Angin menghukum saya. Setiap hari saya berlatih di sini dan tiada angin, hari ini pula terlalu berangin. Ia tidak menyeronokkan tapi menarik.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");