Jenayah

Culik,Bunuh Ahli Perniagaan Korea Selatan Anggota Polis Filipina Disiasat

SEOUL: Ahli perniagaan Korea Selatan yang hilang di Filipina sejak tiga bulan lalu, sebenarnya telah diculik anggota polis sebelum dibunuh pada hari mangsa dilapor hilang.

Memetik sumber AFP, menurut seorang pegawai Kementerian Luar Korea Selatan berkata, keluarga lelaki berusia 50-an dikenali Ji, dikatakan telah menghantar wang tebusan sebanyak AS$100,000 (RM444,600) kepada suspek, dua minggu selepas mangsa diculik di Angeles, berhampiran Manila.

Sementara itu, siasatan oleh kerajaan Filipina mendapati mangsa dicekik hingga mati sebelum dibakar di tempat pembakaran mayat milik kumpulan terbabit.

Menurut sumber, lapan suspek, termasuk tiga anggota polis yang masih bertugas sedang disiasat.

“Polis Filipina memberitahu kami, beberapa pegawai polis dinamakan sebagai suspek dalam kes penculikan dan pembunuhan itu,” katanya.

Hampir 50 warga Korea Selatan dibunuh di Filipina sejak 2012.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");