Sukan Hari Ini

D’Ambrosio Puji Langkah Pioli

ROME: Pertahanan Inter Milan, Danilo D’Ambrosio memuji jurulatih Stefano Pioli berikutan arahannya menjadi kunci utama kepada perubahan menakjubkan kelab itu selepas Frank de Boer dipecat.

Pertahanan kanan itu berjaya membuka jaringan ketika Inter apabila menang 3-0 mengatasi pasukan bawahan Pescara awal pagi semalam.

Malah mencipta kemenangan ketujuh berturut-turut yang membolehkan mereka mengatasi Lazio di tangga keempat Serie A – lapan kedudukan lebih tinggi berbanding ketika legenda Belanda itu disingkirkan pada November.

“Di mana kami akan berada jika dia tiba lebih awal? Siapa tahu? Saya bukanlah percaya kepada ‘jika dan tetapi’,” kata pertahanan Itali itu.

“Kami hanya memikirkan mengenai masa depan.

“Pioli membawa kaedah latihan sangat tinggi, kami meningkat banyak dalam aspek fizikal dan saya boleh katakan kami bekerja sangat kuat.

“Jurulatih itu sangat jelas ketika memberikan setiap seorang daripada kami tugas yang perlu dilakukan. Pertahanan pertama ialah penyerang – dan dengan cara ini dia mencipta kumpulan yang kuat,” memetik laporan AFP.

Pescara tewas hasil jaringan kedua-dua babak daripada D’Ambrosio dan pemain tengah Portugal, Joao Mario yang meletakkan Inter dalam penguasaan.

Sementara itu penyerang Itali kelahiran Brazil, Eder yang pada mulanya berada di bangku simpanan terus melengkapkan kemenangan selesa berbaki 20 minit ketika Inter bersedia bagi mengharungi pertemuan dengan Juventus dengan gaya yang sempurna.

Inter juga ada tugasan lain iaitu saingan pertengahan minggu pada suku akhir Piala Itali berdepan Lazio yang sedang berdepan tekanan selepas kekalahan mengejut di laman sendiri ketika bertemu pasukan pertengahan liga, Chievo.

Ia sekali gus merencatkan sedikit harapan Lazio untuk bermain dalam bola sepak Eropah musim depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");