Jenayah

Datuk tak mengaku salah subahat bunuh Bill Kayong

MIRI: Bekas ahli perniagaan, Datuk Stephen Lee Chee Kiang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, atas tuduhan bersubahat bersama tiga lagi tertuduh kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong pada 21 Jun lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di depan Hakim Dr Alwi Abdul Wahab pagi tadi.

Chee Kiang yang juga tertuduh keempat kes berkenaan dituduh bersubahat dengan tiga lagi tertuduh iaitu Mohamad Fitri Pauzi, Lie Chang Loon dan Chin Wui Chung dalam pembunuhan aktivis sosial berkenaan pada 21 Jun tahun lalu.

Berikutan itu, peguam tertuduh, David Chua memohon kepada mahkamah supaya sebutan semula kes itu dilakukan pada 9 Januari ini kerana seorang lagi peguam tertuduh terbabit, Orlando Chua sedang cuti sakit.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzila Ishak memberitahu mahkamah pihaknya memohon supaya tarikh perbicaraan bagi keempat-empat tertuduh ditetapkan pada tarikh sama sebutan semula kes berkenaan pada 9 Januari ini.

Alwi menetapkan pada 9 Januari ini bagi sebutan semula kes semua tertuduh.

Mohamad Fitri, 29, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan, manakala Chang Loong, 39, Wui Chung, 50 dan Chee Kiang, 45, yang dituduh bersubahat dengan Mohamad Fitri didakwa mengikut Seksyen 109 dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Selain David Chua dan Orlanda Chua, dua lagi tertuduh diwakili peguam Ranbir Sing dan David Kuok.

Tertuduh dituduh membunuh dan bersubahat membunuh Bill Kayong atau Mohd Hasbie Abdullah, 43, di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Baram berhampiran Pasaraya E-Mart, Miri, pada jam 8.20 pagi, 21 Jun lalu.

-Bh Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");