Jenayah

Dihukum 60 tahun penjara, 30 sebatan rogol anak tiri

PETRA JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan terhadap seorang penjawat awam yang mengaku bersalah atas tiga daripada tujuh pertuduhan merogol anak tirinya.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Afidah Abdul Rahman selepas tertuduh berusia 54 tahun itu mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan yang dibacakan Jumaat lalu.

Lelaki itu mengaku melakukan kesalahan itu di kuarters kerajaan di Batu Lintang di sini, antara Januari 2015 dan bulan ini.

Mangsa kini berusia 17 tahun.

Bagi setiap pertuduhan, mahkamah menetapkan hukuman penjara 20 tahun bersama 10 sebatan dan memerintahkan semua hukuman dilaksanakan secara berasingan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Fariz Abdul Hamid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jumaat lalu, tertuduh turut mengaku bersalah terhadap empat lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) yang dibacakan di dua lagi mahkamah berasingan.

Keputusan penghakiman terhadap dua pertuduhan akan dibuat Jumaat ini manakala dua lagi ditetapkan pada 13 Februari depan.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");