Jenayah

Dipaksa jadi pelayan terlarang

Kuala Lumpur: Dijanjikan pekerjaan sebagai pelayan restoran namun sebaliknya dipaksa menjadi ‘hamba seks’ sebaik tiba di negara ini.

Lebih malang apabila 16 wanita warga asing itu dipaksa bekerja di beberapa pusat hiburan, rumah urut dan hotel bajet sekitar Wangsa Maju, Cheras, Dang Wangi, di sini dan Kajang Selangor.

Bagaimanapun semua mereka berjaya diselamatkan Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil serbuan dilakukan jam 8.30 malam hingga jam 1.30 pagi semalam.

Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan dilakukan dengan menyasarkan premis kecil-kecilan susulan maklumat disalurkan orang awam.

Katanya, dalam serbuan dilakukan serentak itu, polis turut berjaya menahan 34 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur bersama sembilan penjaga serta pekerja premis.

“Siasatan mendapati semua wanita berusia 16 hingga 41 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan tidak mempunyai permit kerja.

“Mereka bekerja di rumah kedai dan hotel murah dengan kadar bayaran RM40 hingga RM80 termasuk urutan badan ke badan (B2B).

“Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM8,091, buku catatan, 155 keping kondom, peralatan hiburan, minyak urut dan minyak pelincir,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, semua mangsa diselamatkan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/67, Seksyen 39B akta sama dan Seksyen 9 Akta Hotel serta Seksyen 373 (1)Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");