Jenayah

Dituduh memiliki senjata bahaya dan dadah

Butterworth: Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas empat pertuduhan memiliki senjata berbahaya dan dadah pada 12 Januari lalu.

Namun tiada pengakuan direkodkan daripada Teoh Boon Seng, 34, dan Yeoh Seok Tiang, 42, selepas masing-masing tidak faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 Februari ini bagi mendapatkan khidmat jurubahasa serta sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memiliki sejenis kerambit di dalam sebuah kereta di Taman Minamah, Nibong Tebal, kira-kira 1 tengah hari pada 12 Januari lalu.

Mereka juga dituduh memiliki bahan letupan iaitu empat batang paip bom buatan dengan tanpa kebenaran di tempat, tarikh dan masa sama.

Mengikut pertuduhan ketiga, pasangan itu dituduh memiliki lapan butir peluru tanpa permit sah di tempat, tarikh dan masa sama.

Sementara, dalam pertuduhan berasingan kedua-dua mereka dituduh memiliki heroin seberat 12.65 gram di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, S Selvaranjini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");