Sukan Hari Ini

“Doakan kejayaan saya,” kata Faiz Subri

TASEK GELUGOR: “Terima kasih rakyat Malaysia,” itu antara ungkapan Mohd Faiz Subri, pemain bola sepak Pulau Pinang yang berjaya dicalonkan untuk Anugerah Puskas di Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal, Pajak Song ketika dijemput dalam satu forum Asar bersama beberapa personaliti di sini semalam.

Mohd Faiz berkata, apa yang dapat diungkapkan ketika ini hanya terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia atas undian yang diterimanya sehingga melayakkan dirinya untuk tercalon antara tiga individu untuk anugerah Puskas.

“Perasaan saya ketika ini hanya ALLAH sahaja yang tahu, saya sememangnya tidak menjangkakan sehingga tercalon (anugerah Puskas), pada saya ini bukan berkaty usaha saya seorang, malah ianya hasil daripada undian seluruh rakyat Malaysia secara amnya.

“Doakan saya agar selamat pergi dan kembali, andai beroleh kejayaan kelak, ianya bukan kejayaan saya sahaja, tapi ianya kejayaan semua rakyat Malaysia, yang selama ini tidak jemu-jemu menyokong saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Berkaitan persediannya dari segi mental dan fizikal, katanya kini dirinya sudah bersedia dan pada masa sama turut fokus untuk latihan.

“Buat masa ini saya sudah bersedia sepenuhnya dari aspek fizikal dan mental, dan pada masa sama saya juga fokus untuk perlawanan yang akan bermula tidak lama lagi,” katanya.

Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan Fifa pada 2 Disember lalu, Faiz Subri bakal dicabar oleh dua lagi pesaing lain iaitu pemain tengah Corinthians, Marlone dan penyerang skuad kebangsaan wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Keputusan itu juga menyaksikan Faiz Subri berjaya mengetepikan calon-calon bintang bola sepak lain termasuk Lionel Messi dan juga Neymar pada pusingan pertama.

Pemenang akan diumumkan pada majlis Anugerah Terbaik Fifa pada 9 Januari 2017.

Mohd Faiz diraikan dalam satu konvoi motosikal berkuasa tinggi bermula daripada Masjid Abdullah Fahim dan berakhir di Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal ini dalam Karnival Cintai Masjid semalam.

Majlis seterusnya diteruskan dengan penyampaian kuliah selepas Asar yang disampaikan oleh Ustaz Murtadha Yusof serta Ustaz Hanafiah Malek.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");