Panasnya Hari Ini

‘Dokumen CIA Kata Saya Tidak Terlibat Skandal BMF’ – Mahathir

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan kononnya laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) menyatakan beliau terlibat dalam skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Menerusi blognya, Dr Mahathir turut memetik laporan bertajuk ‘Direktorat Perisikan’ yang dikeluarkan pada 5 Mac 1985 untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

“Laporan CIA itu sendiri mengakui perdana menteri tidak terlibat, secara peribadi atau secara langsung dikaitkan kepada isu BMF.

“Pengakuan itu boleh didapati pada muka surat empat laporan itu di bawah tajuk ‘Menilai Kesan Polik’ yang menyatakan : ‘Sehingga kini hubungan langsung antara Mahathir dan rasuah di BMF tidak dapat dipastikan,”katanya.

Bagi mempertahankan dirinya lagi, beliau turut merujuk kepada beberapa perkara dalam laporan tersebut serta merujuk ke halaman yang tepat dalam dokumen di mana perkara tertentu dinyatakan.

“Seawal bulan Julai 1983, Mahathir mengumumkan pengendalian pinjaman kewangan oleh BMF dibuat secara kurang bijak dan berjanji tindakan akan diambil selepas siasatan.

“Suatu jawatankuasa siasatan (jawatankuasa siasatan khas) ditubuhkan untuk meneliti isu BMF. Rekod menunjukkan jawatankuasa tersebut, diketuai oleh bekas ketua audit negara (Tan Sri) Ahmad Noordin Zakaria mengemukakan cadangan yang perlu untuk tindakan lanjut,”.

Kata Dr Mahathir lagi, pastinya tidak ada usaha untuk menutup laporan itu dalam apa jua cara.

Ujarnya, sama ada pihak berkuasa membawa mana-mana pihak ke mahkamah adalah bagi meereka untuk menjawabnya dan kerajaan menjalankan tugas secara betul seperti yang diperlukan pada masa itu.

“Isu BMF diterima baik oleh rakyat termasuk pembangkang dan kumpulan politik lain,”katanya.

Terdahulu, dilaporkan bahawa dokumen CIA mendakwa meskipun hubungan langsung antara Dr Mahathir dan skandal BMF ;tidak dapat dipastikan, namun ‘tanda-tanda hubungan’ itu sudah merosakkan pentadbirannya.

Skandal BMF menggemparkan negara pada awal 1980 apabila cawangan bank di Hong Kong didapati memberi pinjaman kepada beberapa syarikat meragukan termasuk unit Carrian Holdings Ltd.

Seorang juruaudit Bank Bumiputra yang menyiasat skandal itu dibunuh dan kerajaan menyuntik berbilion ringgit untuk membantu Bank Bumiputra.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");