Sukan Hari Ini

Dua beregu wanita teruskan kemaraan

DUA pasangan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Lim Yin Loo-Yap Cheng Men beraksi cemerlang apabila mara ke pusingan suku akhir Grand Prix Emas Terbuka India selepas melepasi pusingan kedua, semalam.

Pada aksi di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das, Lucknow itu, Mei Kuan – Meng Yean menang 21-19, 21- 15 ke atas peserta tuan rumah, Mahima Aggarwal-Maneesha K.

Pilihan kedua itu akan berdepan beregu tuan rumah sama ada Dimpal Hazarika-Sanghamitra Saikia atau Ashwini Ponnappa-Reddy N Sikki dalam perebutan ke separuh akhir, hari ini.

“Kami menggunakan strategi yang betul seterusnya meraih banyak mata.

“Sudah pasti kami gembira dengan kemenangan ini namun perjuangan kami belum selesai.

“Kami perlu fokus dan yang penting jangan beri tekanan kepada diri sendiri,” kata Meng Yean.

Sementara itu, Yin Loo-Cheng Men juga tiada masalah untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah, Pragya Yai-Amolika Singh Sisodiya dengan 21-7, 21-7 dalam tempoh 19 minit.

Kemenangan itu menyaksikan mereka juga bakal bertemu pasangan tuan rumah hari ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");