Jenayah

Dua dikhuatiri lemas

Kuching: Dua lelaki warga Indonesia dikhuatiri lemas di Pantai Damai, Santubong, di sini, 12.17 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, mangsa yang masih hilang dikenali Usman Suharna, 20, dan Rusmana, 44.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di sektor perindustrian di Bintawa di sini berkunjung ke pantai itu bersama rakan sekerja mereka.

“Menurut pengawal pantai, empat individu dipercayai mandi di kawasan berbatu di pantai itu walaupun sudah dilarang berikutan ombak besar dan amaran bendera merah dinaikkan.

“Kejadian itu mengakibatkan dua mangsa dikhuatiri lemas manakala dua lagi dapat diselamatkan rakan mangsa yang bersama mereka,” katanya.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dekat sini ketika ini menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Pihak bomba masih mengumpul maklumat mengenai kejadian dan terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya.

-Harian,

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");