Jenayah

Dua ditahan kes jururawat ditoreh

Lahad Datu: Polis kelmarin menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes jururawat yang ditoreh muka dengan pisau dalam cubaan samun di parkir sebuah pasar raya di sini, pada 16 Januari lalu.

Kedua-dua suspek ditahan dalam operasi khas oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, suspek pertama berusia berumur 34 tahun di Taman Maju, di sini.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan suspek pertama, polis menahan suspek kedua berusia 32 tahun di Taman Pertama 1, di sini.

“Dengan tertangkapnya kedua suspek ini, polis percaya kes cubaan samun sehingga mendatangkan kecederaan berjaya diselesaikan.

“Kedua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, hari ini.

Pada kejadian itu, Normalia Tuang, 43, yang bertugas di klinik swasta di Kinabatangan, parah di dahi kiri, hidung sehingga ke bahagian mulutnya.

Wanita itu kini stabil selepas menerima rawatan di Hospital Lahad Datu, di sini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");