Jenayah

Dua maut dua kereta bertembung

Saratok: Dua maut manakala empat cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 70 Jalan Betong-Sarikei, 6.40 petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa maut menaiki Perodua Viva sebelum bertembung dengan Toyota Camry.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mangsa maut adalah penumpang hadapan dan belakang Toyota Camry manakala pemandu dan seorang lagi penumpang belakang cedera.

Pemandu dan penumpang Toyota Camry turut cedera dalam kemalangan itu.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.44 petang berhubung kejadian itu.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok dikerahkan ke lokasi dan mendapati pemandu dan penumpang hadapan Perodua Viva dalam keadaan tersepit.

“Manakala dua lagi penumpang belakang tercampak keluar dengan seorang daripadanya meninggal dunia,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Saratok untuk rawatan lanjut.

Setakat ini, maklumat semua mangsa masih belum diperolehi.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");