Jenayah

Dua pekerja Indonesia dikhuatiri lemas

KUCHING: Dua pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Damai Central, 40 kilometer dari sini hari ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata mereka dikenal pasti sebagai Usman Suharna, 20 dan Rusmana, 40.

Kejadian berlaku 12.17 tengah hari tadi ketika kedua-dua mangsa bersama sekumpulan rakan berkelah di pantai berkenaan, katanya.

Farhan Sufyan berkata kedua-dua mangsa dan dua lagi rakan mereka mandi di kawasan tersorok selepas dilarang oleh pengawal pantai susulan ombak besar yang menyaksikan amaran bendera merah dinaikkan.

Keempat-empat mereka kemudian menghadapi masalah bagaimanapun dua berjaya diselamatkan oleh rakan yang lain manakala Usman dan Rusmana hilang dibawa arus.

Farhan Sufyan berkata susulan itu pihak bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");