Jenayah

Dua pendaki sesat di Gunung Liang ditemui selamat

MUALLIM: Dua lelaki yang dilaporkan sesat lebih lima jam ketika mendaki Gunung Liang, di sini, ditemui selamat oleh pasukan penyelamat awal pagi tadi.

Kedua-duanya yang berusia 20 tahun ditemui jam 2.42 pagi tadi selepas dilaporkan hilang sekitar jam 8 malam, kira-kira 1.5 kilometer dari kaki gunung dalam keadaan lemah sebelum berjaya dibawa turun jam 5.51 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Abdul Rahim Sa’ari berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.58 malam memaklumkan tiga mangsa sesat di gunung berkenan sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, pasukan penyelamat mendapati hanya dua mangsa yang sesat di gunung berkenaan manakala seorang lagi rakan mereka yang turut sama dalam aktiviti itu berjaya menemui jalan dan turun sendiri ke kaki gunung.

Beliau berkata, bomba bersama beberapa agensi lain seperti polis dan Agensi Pertahanan Awam (APM) kemudiannya melancarkan kerja mencari dan menyelamat.

“Kedua-dua mangsa dipercayai penuntut kolej itu ditemui selamat namun keadaan mereka agak lemah kerana kemungkinan terlalu kepenatan mencari jalan turun.

“Mangsa berjaya dibawa turun sebelum dibawa ke Hospital Slim River) untuk menerima rawatan,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");