Jenayah

Dua Peniaga didenda ubah suai alat timbang

GOMBAK: Sebanyak empat kesalahan dikesan dilakukan peniaga dalam satu operasi yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Gombak di Pasar Selayang, semalam.

Pegawai KPDNKK Gombak, Anuar Zaidi Mohamed berkata, operasi tersebut dijalankan sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, dua peniaga didenda di bawah Akta Timbang Sukat dan dua lagi di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

“Kesalahan dilakukan di bawah perkara 3(1) Akta Kawalan Harga (penandaan harga oleh penjual runcit) 1993 kerana gagal meletakkan tanda harga.

“Dan dua lagi peniaga dikesan menggunakan alat timbang diubahsuai oleh agensi di bawah KPDNKK,” katanya.

Setiap kes didenda RM200 bagi setiap kesalahan.

Anuar berkata, sepanjang Januari sehingga semalam, sebanyak 18 kes dikesan melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM2,400.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");