Membawang Hari Ini

Dynas Tidak Ada Produk Kecantikan

Pelakon, Dynas Mokhtar menafikan dia memiliki produk kecantikan sendiri sepanjang kariernya dalam bidang seni.

Pelakon drama Susuk itu mendedahkan perkara tersebut setelah dia ditegur oleh seorang peminatnya yang mengatakan dia memakai produk kecantikan miliknya.

“Individu tersebut mengatakan dia memakai produk kecantikan saya. Terkejut dengan perkara tersebut, saya menjelaskan kepadanya yang saya tiada produk kecantikan.

“Apabila mendengar penjelasan saya, dia pula terkejut kerana dia ingat produk itu milik saya,” katanya memetik laporan Media Hiburan.

Berikutan perkara itu, Dynas ingin menjelaskan kepada masyarakat bahawa dia tidak pernah memiliki atau mempunyai produk kecantikan sendiri.

Tambahnya, dia hanya mempunyai perniagaan iaitu syarikat pakaian, Dynas Nursing Attire (DNA) yang diusahakannya sejak tahun 2012.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");