Panasnya Hari Ini

Ekonomi Malaysia Kekal Dinamik Walaupun Tanpa TPPA

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat tidak perlu khuatir mengenai keadaan ekonomi Malaysia sekiranya TPPA tidak menjadi kenyataan.

Najib berkata, meskipun tanpa TPPA, ekonomi negara mampu kekal teguh, dinamik dan penuh dengan potensi serta peluang bersama rakan dagang sedia ada.

“Setakat ini, Malaysia mempunyai hubungan dua hala yang kukuh bersama negara seperti China dan Jepun, malah kita menjangkakan nilai dagangan tahun ini antara Malaysia dan China akan mencecah USD100 bilion.

“Kita juga adalah ahli kepada Perjanjian Perdagangan Bebas Serantau ASEAN serta mempunyai FTA dua hala bersama negara-negara seperti India, New Zealand dan Australia,”katanya menerusi blog beliau.

Pada masa sama, Najib berkata, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga sedang mengkaji usaha mewujudkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala bersama beberapa ahli TPP.

Jelas beliau, Malaysia juga akan meneruskan usaha memuktamadkan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang melibatkan negara China dan india dengan pasaran pengguna yang jauh lebih besar berbanding TPPA.

“Insya-Allah, saya yakin melalui langkah-langkah ini dan juga usaha-usaha lain yang dijalankan, ekonomi kita terutamanya yang berkaitan perdagangan dan pelaburan asing akan terus mampan dan berdaya saing.

“Malaysia kekal terbuka untuk perniagaan,”kata Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");