Membawang Hari Ini

Emma Stone fobia dijulang

Sejak memenangi tujuh anugerah di Golden Globes Awards ke-74, baru-baru ini, filem La La Land terus jadi perhatian termasuk bintang utamanya, Emma Stone dan Ryan Gosling.

Bukan gandingan pertama kali, tapi yang jelas dua bintang itu memang sangat serasi setiap kali bersama. Dalam filem Crazy, Stupid Love pada 2011, mereka juga berjaya mempamerkan keserasian luar biasa.

Mengimbas kenangan menjayakan filem itu, Emma mendedahkan dia ditimpa krisis dan berdepan kesukaran pada babak Dirty Dancing.

Disebabkan itu, babak berkenaan terpaksa dibuat semula.

“Sewaktu penggambaran Crazy, Stupid Love, saya tahu kami perlu melakukan babak saya dijulang untuk babak Dirty Dancing.

“Entah kenapa, saya tiba-tiba diserang fobia kerana diangkat seorang lelaki yang berketinggian kira-kira enam kaki.

“Bukan perkara mudah kerana ia kemudian bertukar menjadi krisis buat diri saya sehingga terpaksa membaringkan diri dulu,” katanya.

Rasa fobia itu rupa-rupanya didorong kisah lama sewaktu kecil, kedua-dua tangan Emma pernah patah selepas terjatuh ketika mengikuti kelas gimmastik.

Turut berkongsi pengalamannya, Ryan yang hadir pada wawancara berkenaan mengakui dia turut berasakan ketakutan Emma.

“Ia belum pernah berlaku terhadap saya tapi dapat bayangkan ia ibarat seekor ‘posum’ terjatuh dari pokok sambil cuba mencakar keluar mata saya,” katanya dengan nada berseloroh.

Disebabkan rasa fobia Emma, akhirnya khidmat pelakon tambahan terpaksa digunakan untuk menghabiskan babak itu.

Awal tahun ini, Ryan sempat memberikan penghormatan buat mendiang legenda Hollywood, Debbie Reynolds dengan mengatakan beliau adalah inspirasi mereka dalam La La Land.

“Saya berharap dapat menyatakan sendiri kepadanya namun terima kasih Debbie Reynolds. Hasil kerjanya benar-benar satu inspirasi hebat,” katanya.

Debbie meninggal dunia akibat angin ahmar pada usia 84 tahun pada 28 Disember lalu iaitu sehari selepas anak perempuannya yang juga bintang Star Wars, Carrie Fisher meninggal dunia.

Ryan membuat kenyatan itu sewaktu berucap di Pusat Konvensyen Palm Springs apabila dia menjelaskan persembahan cemerlangnya dalam Singin’ in the Rain jadi pengaruh kuat lakonan Ryan dalam La La Land.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");