Isu Panas

Ezam tak terkesan dihina

SHAH ALAM – “Tindakan dua akhbar arus perdana itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada saya kerana saya yakin fakta membuktikan yang hina bukannya saya,” kata bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam mengulas mengenai kritikan ke atasnya oleh dua akhbar tempatan pada Ahad dan Isnin lalu.

Menurutnya, tindakan ke dua organisasi media itu seolah-olah tidak memiliki kredibiliti dan wibawa kerana didakwa hanya menyebelahi sebelah pihak semata-mata.

“Seluruh akhbar utama dunia mempersoalkan dan menampilkan fakta penipuan besar-besaran seperti yang dilapor Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

“Tapi di Malaysia akhbar- utama membisu seolah-olah Datuk Seri Najib Tun Razak bukan perdana menteri negara ini dan 1MDB bukan syarikat negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, dalam situasi mahkamah negara jiran sibuk menjalani proses pengadilan menangkap pencuri wang rakyat negara ini, dua akhbar yang didakwa sebagai pembela pencuri itu seperti tidak berfungsi.

“Apa diriuhkan di akhbar mereka kritikan terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan semalam (kelmarin) giliran saya pula dikritik.

“Perdana Menteri yang seluruh dunia tahu seorang pencuri wang rakyat dilindungi dan dipuji setiap hari,” ujarnya.

Walaupun dikritik, Ezam menegaskan tidak akan berganjak daripada azam untuk membela maruah negara ini.

“Semakin kuat cemuhan, hinaan dan ugutan daripada pemakan dedak ini, semakin kuat saya akan lawan mereka yang telah mencuri berbilion duit rakyat di depan mata kita sendiri,” katanya.

Ezam turut mencabar ke dua-dua akhbar tersebut untuk menyiarkan fakta berkaitan isu 1MDB yang akan diumumkan hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");