Sukan Hari Ini

Faiz tidak sabar ke Zurich

Georgetown: Debaran terus dirasai pemain tengah Pulau Pinang, Faiz Subri menjelang Anugerah Puskas di Zurich, Switzerland 9 Januari ini.

Faiz, 29, berkata, dia bagai tidak percaya dan perasaannya kini bercampur-baur serta makin berdebar kerana akan menghadiri majlis cukup berprestij di dunia itu nanti.

Tiada bait perkataan lain mampu diperkatakan selain bersyukur kerana impian untuk membawa isteri dan dua anak bersama ke Zurich akhirnya menjadi kenyataan.

Katanya, jutaan terima kasih kepada semua peminat bola sepak tanah air yang terus menyokong dan mengundi dirinya untuk memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 itu.

“Sekalung perhargaan turut diberikan kepada semua rakan media yang terus memberi sokongan moral dari dulu hingga ke hari ini. Malah, hari ini saya bangga apabila menerima hadiah istimewa iaitu satu persalinan dari Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) yang sanggup datang dari Melaka ke Pulau Pinang semata-mata untuk menyerahkan set persalinan ini.

“Terpilih menjadi tiga calon akhir anugerah berprestij dunia itu sudah cukup terbaik dan jauh di sudut hati saya, saya berharap ia akan menjadi milik saya nanti,” katanya.

Faiz berkata demikian selepas menerima satu persalinan berupa baju Melayu serta songket dan tengkolok bernilai RM3,000 disumbangkan ISMMA di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi ISMMA Tan Sri Abdul Latiff Abu Bakar, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) Tan Sri Mohd Yusoff Latif dan Pengurus Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) Zairil Khir Johari.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");