Sukan Hari Ini

‘Farah Ayuni punyai tugas besar’

KEHADIRAN semula penjaga gol hoki wanita negara, Farah Ayuni Yahya daripada latihan polis nyata melegakan kem skuad kebangsaan menjelang Pusingan Dua Liga Hoki Dunia di Stadium Tun Razak, di sini pada 14 hingga 22 Januari ini.

Ketua jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, Farah Ayuni mempunyai tugas besar dalam penentuan penalti serta bertahan sewaktu pukulan sudut penalti kerana pasukan seperti Itali dan Ireland mempunyai pemukul yang baik.

“Dia sudah lama tidak bersama kami dan kami harap dia mampu berikan persembahan terbaik.

“Tempoh 10 hari terakhir ini semua dah rasa tertekan dan banyak lagi yang perlu diperbaiki,” katanya selepas sesi latihan skuad negara di sini semalam.

Katanya, pasukan akan cuba dapatkan satu kemenangan untuk mencapai sasaran menduduki dua tempat teratas dan mara ke pusingan seterusnya.

“Kami berlatih sepanjang hari untuk set piece pukulan sudut penalti bagi mendapat kemenangan,” katanya.

Malaysia perlu berada dalam kelompok tiga teratas untuk ke separuh akhir.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");