Sukan Hari Ini

Farhan Perlu Belajar Dari Kesilapan

Farhan Abu Bakar perlu mengambil pengajaran daripada tindakannya yang keluar lebih awal dari gawangnya dilihat sebagai punca kepada gol kedua Sarawak di Stadium Darul Aman kelmarin.

Tommy Mawat membuatkan 25,000 penyokong Kedah tergamam seketika selepas beliau memanfaatkan hantaran Mart Andrew Hartman minit ke-25.

Walaupun ketinggalan 1-2, Hijau Kuning kembali berasa lega apabila menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh dua minit menerusi Sandro Da Silva pada minit ke-70 dan Syazwan Zainon (m-72) bagi keputusan 3-2.

Sebelum itu, Hartman terlebih dahulu meletakkan pelawat 1-0 di depan seawal m-9 sebelum Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan m-21

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, penjaga gol tersebut perlu belajar untuk menerima tekanan tinggi dalam dan luar padang selepas beliau menerima kecaman penyokong sehingga tamat permainan separuh masa pertama.

Cheng Hoe terpaksa mengeluarkannya dan menggunakan khidmat penjaga gol muda, Ifwat Akmal selepas melihat Farhan gagal meneruskan aksi pada separuh masa kedua.

“Saya sendiri berharap Farhan akan mengambil pengajaran daripada perkara ini malah kepada penyokong Kedah pula, berilah ruang dan peluang kepadanya untuk kembali bangkit,” katanya memetik laporan Sinar harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");