Membawang Hari Ini

Fattah Amin pernah jadi budak props

KUALA LUMPUR: Biarpun meniti puncak populariti, pelakon tampan, Fattah Amin tidak lupa pengalaman menjadi ‘budak props’ bagi syarikat produksi milik bapa saudaranya, Datuk Yusuf Haslam, beberapa tahun lalu.

Mungkin ramai tidak tahu, Fattah yang menjuarai pertandingan Hero Remaja 2011/2012, pernah menjadi kru Skop Production dan membantu proses penerbitan beberapa produk keluaran syarikat terkenal itu.

Malah, Fattah pernah mengipas Shaheizy Sam ketika aktor itu terbabit dalam penggambaran filem Sam : Saya Amat Mencintaimu, ketika dia menjadi ‘budak props’.

“Sam juga masih ingat kenangan saya bekerja dengannya. Jadi saya faham benar betapa penatnya bekerja di belakang tabir, apatah lagi selepas bergelar pelakon,” katanya kepada BH Online.

Bintang drama rantaian, Suri Hati Mr Pilot itu memberitahu, ketika menjadi kru, dia bertanggungjawab menyiapkan props dan set penggambaran.

Antara naskhah yang dihasilkan sepanjang Fattah bekerja dengan Skop Production adalah drama Roda Roda Kotaraya dan filem Sam : Saya Amat Mencintaimu.

Bermula sebagai ‘budak props’, Fattah kemudian ditawarkan watak dalam drama Gerak Khas yang disiarkan RTM sekarang.

Dia juga dilamar anak Yusuf, Syafiq untuk membintangi filem KL Special Force, di samping Syamsul dan Datuk Rosyam Nor.

“Saya seronok bekerja dengan syarikat produksi. Selain kerja yang teliti, semua masalah dibawa berbincang, termasuk jika jadual kerja saya terlalu padat,” kata Fattah yang berjinak-jinak menjadi penyanyi dengan single Wanita Terakhir itu.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");