Sukan Hari Ini

Ganjaran menanti Tigress

SKUAD hoki wanita negara akan menerima ganjaran daripada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sebagai penghargaan merangkul gelaran naib juara Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia, kelmarin.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, imbuhan itu adalah sebagai menghargai usaha pasukan meraih kedudukan berkenaan.

“Sudah pasti mereka akan menerima imbuhan dengan usaha mereka yang telah melakar sejarah.

“Tapi kita akan bincang perkara ini dengan pengurusan iaitu Lembaga Eksekutif MHC sebelum memutuskan jumlahnya,” katanya.

Dalam pada itu, Subahan berharap skuad Muhammad Dharma Raj Abdullah tidak leka sebaliknya terus berazam untuk tidak lagi melakukan kesilapan bagi melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

“Kita perlu raikan pemain, tapi bukan bermakna kita terlalu ghairah dan sebagainya tetapi saya rasa ini adalah satu keputusan yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

“Namun ia tidak bermakna kerja sudah berakhir kerana banyak lagi tugas menanti dan perjalanan masih jauh,” ujarnya.

Skuad negara itu bukan saja melakar sejarah muncul naib juara tetapi berjaya meraih satu daripada dua tiket automatik ke separuh akhir Liga Hoki Wanita Dunia yang dijadualkan di Belgium atau Afrika Selatan, iaitu peringkat terakhir kelayakan ke Piala Dunia 2018 di London.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");