Sukan Hari Ini

Ghaddar tak mahu penting diri

Kota Bharu: Awang import Kelantan, Mohammed Ghaddar (gambar) berjanji mengikis dua sikap lamanya yang pernah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong, ketika beraksi bersama pasukan itu pada 2012 dan 2014.

Dua sikap yang mencetus kemarahan penyokong adalah panas baran dan mementingkan diri.

Bagi pemain berusia 33 tahun itu, dua minggu sebelum ke Malaysia, dia sudah beriltizam mahu berubah dan lebih tenang ketika di padang demi menaikkan imej Kelantan musim ini.

Menurut penyerang kebangsaan Lubnan itu, Kelantan memerlukan kudratnya untuk kempen Liga Malaysia dan dia tidak harus melakukan sesuatu yang boleh merugikan pasukan The Red Warriors (TRW).

“Kali ini, saya adalah Ghaddar baru dan bukan lagi ‘budak nakal’ seperti 2012 dan 2014 kerana saya nekad membantu Kelantan memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim ini, sekalipun menyedari bakal berdepan pasukan terkuat seperti Johor Darul Ta’azim, Kedah, Perak, FELDA United dan Pahang.

“Bagi sasaran peribadi, saya tidak meletakkan sebarang harapan untuk muncul penjaring terbanyak kerana import pasukan lain lebih bagus.

“Tapi saya mahu membantu pasukan muncul juara,” katanya ketika ditemui di Pusat Latihan Pertanian MARDI, di sini, petang kelmarin.

Bekas penggempur Tripoli SC dan terakhir Al-Faisaly FC itu juga tampil dengan imej agak berbeza apabila bentuk badannya sedikit susut jika dibandingkan tiga tahun lalu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");