Sukan Hari Ini

Giroud selamatkan Arsenal

OLIVIER Giroud sekali lagi muncul penyelamat apabila jaringan lewatnya membantu Arsenal meraih kemenangan 2-1 ke atas kelab Liga Kejuaraan, Preston North End pada Pusingan Ketiga Piala FA, awal pagi semalam.

Sebelum gol kemenangan pada minit ke-89 itu tercipta, Preston dilihat mampu mengheret kelab Liga Perdana Inggeris itu ke perlawanan ulangan selepas kedua-dua terikat 1-1.

Pada perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu di hadapan seawal minit ketujuh menerusi gol Callum Robinson, bagaimanapun Arsenal yang tampil berbeza selepas rehat menyamakan kedudukan seminit selepas babak kedua bermula apabila Aaron Ramsey menyudahkan umpanan Alex Iwobi.

Bagi pengendali Arsenal, Arsene Wenger menyifatkan skuadnya bernasib baik kerana hanya ketinggalan 0-1 di babak pertama.

“Saya tidak berpuas hati dengan persembahan kami di awal permainan. Perkara positif sepanjang babak pertama adalah kami cuma ketinggalan 0-1.

“Tapi di babak kedua, kami tampil berbeza. Namun, Preston tetap melawan dan bertahan dengan baik.

“Apa pun, pemain telah berikan respon yang baik dan hasilnya kami memenangi perlawanan ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");