Sukan Hari Ini

Gol Giroud, Iwobi Beri Kemenangan Arsenal 2-0

ARSENAL berjaya membuka tirai dengan kemenangan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika menentang Crystal Palace dengan 2-0.

Bertempat di Stadium Emirates, London pada Ahad malam, dua jaringan itu diraih pemain Olivier Giroud dan Alex Iwobi dengan begitu kemas.

Giroud dan Iwobi mencatatkan skor masing-masing pada minit ke-17 dan 56′.

Arsenal dilihat tampil mendominasi sepanjang permainan menerusi 22 percubaan di mana tujuh daripadanya menepati sasaran.

Bagaimanapun, kelab The Gunners ini beberapa kali melepaskan peluang keemasan.

Arsenal menduduki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dengan 40 mata.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");