Sukan Hari Ini

Gomez berang Wolfsburg Pamer Aksi ‘sombong’

BERLIN: Penyerang Jerman, Mario Gomez menempelak Wolfsburg kerana dikatakan bermain “seperti pasukan remaja” susulan kekalahan 2-1 di laman sendiri kepada Augsburg.

Tindakan itu sekali gus mengheret kelab itu kembali ke zon penyingkiran Bundesliga.

Dalam tempoh 12 bulan, Wolfsburg sudah melalui perlawanan bermula dengan menewaskan skuad disertai Cristiano Ronaldo, Real Madrid 2-0 dalam suku akhir Liga Juara-Juara sebelum tewas mereka tumbang di Sepanyol.

Ketika ini, mereka berada di kedudukan ke-14 dalam liga utama Jerman dan hanya empat mata dibezakan daripada zon penyingkiran.

Bintang sedang meningkat Julian Draxler berhijrah ke Paris Saint-Germain, jurulatih Dieter Hecking dan pengarah sukan Klaus Allofs dipecat manakala pemain sayap Jerman, Andre Schuerrle meninggalkan kelab itu ke Borussia Dortmund.

Biarpun mendahului menerusi Gomez, Wolfsburg mengalami kekalahan keenam dalam 10 perlawanan di tempat sendiri ketika Augsburg berjaya menjaringkan gol menerusi Halil Altintop dan Dominik Kohr.

Wolfsburg, juara Piala Jerman 2015, hanya menang lima daripada 18 perlawanan liga musim ini dan persembahan terbaru mereka membuatkan Gomez berang.

“Kami perlahan, sombong dan naif,” kata Gomez, yang menyertai pasukan itu dari Fiorentina pada permulaan musim.

“Kami bermain seperti pasukan remaja dan anda tidak akan menang perlawanan jika bermain seperti itu.” memetik laporan AFP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");