Sukan Hari Ini

Guardiola kecewa sikap pengadil

Manchester, England: Pep Guardiola percaya Manchester City dilayan dengan kasar oleh pengadil dan mengakui mengambil masa menyesuaikan diri dengan gaya bola sepak Liga Perdana Inggeris.

Guardiola berada dalam keadaan mudah melenting biarpun City menewaskan Burnley 2-1 awal pagi semalam apabila meluahkan kekecewaanya terhadap pemain tengah Brazil Fernandinho yang dibuang padang pada babak pertama.

Ia kad merah ketiga Fernandinho dalam tempoh enam minggu dan kad ketujuh City dalam 30 perlawanan musim ini tetapi Guardiola membalasnya dengan sinis apabila ditanya sama ada pasukannya menghadapi masalah disiplin.

“Ya, daripada pasukan yang mempunyai penguasaan bola tertinggi. Ya, ya, ya,” kata Guardiola.

“Kami mempunyai banyak masalah disiplin. Kini kami tunggu apa keputusan FA.

“Jangan lupa, kami cuba bermain bola sepak. Pasukan saya sentiasa cuba bermain bola. Saya tidak boleh mengawal akibatnya.”

Melengkapkan angin tidak baik Guardiola, beliau berpendapat jaringan Ben Mee buat Burnley sepatutnya dibatalkan kerana kekasaran terhadap penjaga gol Claudio Bravo sebaik beliau memberikan satu lagi jawapan sinis terhadap soalan mengenai kad merah Fernandinho.

“Memang salah kami, memang salah City,” bentaknya. “Ya, ya. Saya melihat perlawanan lain. Gol Burnley ke atas Claudio Bravo adalah satu kesilapan.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");