Sukan Hari Ini

Guerra Tunjuk ‘Taring’

Johor Bahru: Gandingan Gabriel Guerra dan Samuel Caceras yang diturunkan buat pertama kali terbukti tidak mengecewakan apabila berjaya membantu Johor Darul Ta’zim II (JDT II) menumpaskan Perlis 4-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), kelmarin.

Ketua jurulatih, Mohd Hamzani Omar berkata, kombinasi Guerra bersama Nicholas Fernandez dan Rozaimi Abd Rahman membentuk persefahaman jitu di barisan serangan manakala Caceras memperkukuhkan benteng pertahanan bergandingan bersama Mohd Amir Saidin.

Bagaimanapun, jurulatih muda itu tidak mahu terlalu awal mendabik dada atas kemenangan besar itu sebaliknya mengakui masih ada kelemahan yang perlu segera diperbaiki bagi memantapkan skuad itu.

“Samuel menggunakan pengalamannya mengemudi pertahanan namun masih ada kelemahan perlu diperbaiki kerana pertama kali bergandingan dengan Amir.

“Gabriel pula sentiasa bergerak bagi membolehkannya bertindak menjaringkan tiga gol malah Alex Smith kerap membantu di posisi tengah sambil Rozaimi kerap memberi tekanan kepada pertahanan lawan.

“Tidak dinafikan, pemain beri komitmen tinggi pada perlawanan itu dan hasil kerja keras mereka bertahan dan menyerang, kami meraih kemenangan pertama,” katanya memetik laporan Harian metro.

Beliau turut menegaskan bahawa pemain sukar menembusi pertahanan Perlis kerana terlalu berhati-hati bagi mengelak melakukan kesilapan pada babak pertama tapi memasuki pertengahan perlawanan, mereka mula mendapat rentak dengan beraksi lebih tenang.

Malah jelasnya pemain mengikut perancangan walaupun tidak 100 peratus tapi sudah memadai untuk mencipta kemenangan pertama di laman sendiri.

“Pemain diberi cuti dua hari dan sambung latihan Isnin ini untuk persiapan menentang ATM di Temerloh,” kata Hamzani.foto/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");