Jenayah

Hajat ke majlis kahwin tak kesampaian

MUADZAM SHAH – Seorang maut, seorang kritikal manakala dua lagi parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabas ke dalam curam sebelum melanggar sebatang pokok di kilometer (KM) 134 Jalan Kuantan –Segamat sekitar jam 2.50 petang, semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Zulkifli Abd Aziz, 54, merupakan pesara tentera manakala isterinya, Zakiah Abdullah, 54, dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor.

Dua lagi mangsa cedera parah masing-masing pemandu kenderaan, Mohd Hafiz Zulkifli, 31, mengalami patah tangan kanan dan penumpang hadapan, Mohd Aizad Zulkifli, 32, patah peha kanan turut dirawat hospital sama.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor, berkata, mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Dungun, Terengganu menghala ke Segamat untuk bercuti dan menghadiri majlis perkahwinan seorang saudara di sana.

“Hasil siasatan awal dipercayai ketika sampai di tempat kejadian kenderaan yang dinaiki empat sekeluarga ini telah mengelak sebuah kenderaan lain yang sedang memotong.

“Akibat jarak terlalu dekat, pemandu Proton Exora cuba mengelak ke kiri tetapi telah terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh ke dalam curam dan melanggar sebatang pokok,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Azli berkata, tiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Segamat, Johor untuk diberikan rawatan manakala mangsa yang maut dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");