Panasnya Hari Ini

Hentikan Sahaja Polemik BR1M- KJ

KUALA LUMPUR:Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bersyukur kerana Tun Dr Mahathir Mohamad, akhirnya mengakui keberkesanan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Malah jelasnya pengiktirafan itu kerana Dr Mahathir menyedari kelebihan pemberian BR1M oleh kerajaan kepada golongan sasar.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO menjelaskan BR1M terbukti satu dasar yang patut diteruskan sebagai bantuan khas kewangan secara terus untuk rakyat yang benar-benar memerlukan.

“Saya tidak mahu menempelak dan melabel beliau macam-macam kerana ia hanya akan mencemarkan BR1M yang bertujuan membantu golongan memerlukan.

“Henti sajalah polemik ini. Semua patut sedar BR1M sebenarnya beri kebaikan bukannya keburukan seperti yang Dr Mahathir label bantuan itu adalah rasuah.

“Semua perlu ingat bahawa BR1M yang sudah lama dilaksanakan terbukti sebagai satu dasar yang dapat meringankan beban rakyat terutamanya pada waktu mencabar,” katanya memetik sumber Berita harian pada Ahad.

Terdahulu beliau yang berucap pada majlis penutup Karnival Kewangan anjuran Bank Negara Malaysia (BNM),menyatakan harapan untuk melihat transformasi BNM tidak menjadi satu organisasi yang hanya menumpukan soal ekonomi, malah perlu berperanan sebagai ejen pendidik bagi meningkatkan kesedaran dan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan kewangan.

“Statistik menunjukkan masih ramai rakyat negara ini tidak mempunyai pengetahuan mencukupi dalam hal pengurusan kewangan.

Dianggarkan 25 peratus dari 18,457 individu yang diisytiharkan muflis adalah belia berusia antara 25 hingga 35 tahun.

“Hal ini amat membimbangkan kerana pada usia itu, kebanyakan mereka baru sahaja memulakan hidup selepas tamat pengajian.

“Keadaan ini bukan sahaja merugikan belia malahan negara. Pastinya status muflis menjadi penghalang kepada mereka sehingga merencatkan potensi sebenar berikutan dihantui status muflis,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");