Sukan Hari Ini

Hull City Pecat Pengurus Mike Phelan

HULL City memecat pengurus Mike Phelan berikutan prestasi pasukan itu yang suram dalam 10 permainan tanpa kemenangan.

Phelan mengambil jawatan ketua jurulatih selepas Steve Bruce meninggalkan kelab itu pada akhir musim lalu.

Beliau kemudiannya memegang jawatan itu secara tetap selepas Hull City memperoleh kemenangan menerusi dua perlawanan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, prestasi kelab tersebut semakin merosot dan hanya memperoleh satu kemenangan dan tujuh mata berdasarkan 18 permainan terdahulu.

Terbaharu, Hull Citu terpaksa berdepan sekali lagi kekalahan 1-3 oleh West Bromwich Albion pada perlawanan Isnin lalu. – Eurosport/mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");