Berita Hari Ini

IATA memperbaharui sijil operasi IOSA Eaglexpress

PERSATUAN Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), badan yang menyokong penerbangan dengan standard global untuk keselamatan penerbangan, keselamatan, kecekapan dan kemampanan, memperbaharui Sijil Pengendali IOSA untuk Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd, baru-baru ini.

Sijil itu ditandatangani Naib Presiden Kanan, Keselamatan dan Operasi Penerbangan, Gilberto Lopez Meyer yang mengesahkan bahawa Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd serupa dengan peruntukan Manual Program IOSA bawah Operasi Keselamatan Program Audit IATA.

Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA) adalah program sistem penilaian diiktiraf dan diterima di peringkat antarabangsa yang direka untuk menilai pengurusan operasi dan sistem kawalan syarikat penerbangan.

Ini kali kedua pengendali penerbangan sewa khas haji dan umrah telah disahkan status ini, dan Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd berbangga menjadi salah satu daripada beberapa penerbangan yang beroperasi dari Malaysia telah mencapai tahap keselamatan dan prestasi ini.

Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd bergerak dari penyedia pesawat ‘pajakan basah’ untuk menjadi penyedia swasta penerbangan sewa khas yang dijadualkan untuk haji dan umrah.

Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd (9A) berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada masa ini kendali empat pesawat Boeing 747-400.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");