Berita Hari Ini

IJN nafi budak perlu sumbangan RM80,000

IPOH: Institut Jantung Negara (IJN) hari ini menafikan dakwaan berhubung kes seorang kanak-kanak yang didakwa ibu bapanya memerlukan RM80,000 untuk menjalani pembedahan memasang saluran oksigen ke jantungnya, sebagaimana dilaporkan media semalam.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komuniksi Korporat IJN, Nor Izrinda Izzaty Badrol Hisham berkata, setakat ini IJN masih belum merancang untuk membedah Mohamad Al-Fatah Shahzwan Abdullah, 2, yang dikatakan akan menjalani pembedahan memasang saluran oksigen pada jantungnya pada Februari ini.

“Saya telah merujuk perkara ini kepada Unit Taksiran IJN (UTIJN) serta Bahagian Pediatrik Kanak-Kanak IJN dan mendapati setakat ini tiada sebarang perancangan dibuat untuk membedah adik Al-Fatah pada Februari ini dan pada masa mendatang.

“Jikalau ada pun pembedahan dilakukan kepada kanak-kanak itu pada masa akan datang, jumlah RM80,000 sebagaimana dipinta itu sangat tinggi dan dan di luar kebiasaan kos pembedahan serupa yang sering dilakukan,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan media baru-baru ini mengenai nasib menimpa adik Mohamad Al-Fatah Shahzwan yang memerlukan kos pembedahan sebanyak RM80,000 pada Februari depan sebagaimana dakwaan ibunya, Hasnah Noordin 36.

Katanya lagi, tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang meminta sumbangan melalui media massa akan menjejaskan kanak-kanak itu daripada terus menerima bantuan yang disalurkan melalui UTIJN sebagaimana sebelumnya.

“Memang benar sebelum ini kanak-kanak itu pernah dibedah di IJN dengan pembiayaan beberapa badan korporat termasuk Affin Islamic Bank yang menyalurkan sumbangan melalui UTIJN. Jadi apabila ibu bapa kanak-kanak berkenaan meminta sumbangan orang ramai, mereka sudah tidak layak mendapat bantuan yang disalurkan melalui UTIJN yang akan meminta dan memeriksa penyata akaun digunakan ibu bapa berkenaan bagi mengutip derma untuk biaya pembedahan anak mereka itu,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");